tiba-tiba teringatkan kisah kejadian akal dan nafsu.
allah mencipatakan akal lalu disuruhnya akal untuk menghadap kearahnya (allah) maka akal pun menghadap kearahnya (allah). disuruhnya lagi akal untuk berbalik maka akal pun berbalik. lalu allah berfirman wahai akal siapkah aku dan akal pun menjawab engkau adalah tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba mu yang daif. lalu allah berfirman wahai akal tidakku ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.
setelah itu allah menciptakan pula nafsu.lalu disuruhnya nafsu untuk menghadap kearahnya (allah) maka nafsu pun diam tidak bergerak. lalu allah berfirman wahai nafsu siapakah aku? dan nafsu pun menjawab aku adalah aku, dan engkau adalah engkau. lalu allah campakkan nafsu ke dalam neraka selama 100 tahun. apabila dikeluarkan sekali lagi allah berfirman wahai nafsu siapakah aku? dan nafsu sekali lagi menjawab aku adalah aku dan engkau adalah engkau. lalu allah campakkan nafsu ke dalam neraka sekali lagi selama 100 tahun.
dikeluarkan oleh allah nafsu daripada neraka sekali lagi dan allah berfirman wahai nafsu siapakah aku?. nafsu menjawab aku adalah hambamu dan engkau adalah tuhanku.
menerusi kisah kejadian nafsu dan akal boleh kita simpulkan beberapa perkara. antaranya adalah kepayahan nafsu untuk tunduk pada allah azzawajalla. dalam hidup ni tidak hairanlah bahawa jihad yang paling besar adalah melawan hawa nafsu kita sendiri. kerana betapa payahnya nafsu untuk tunduk pada allah walaupun setelah dimasukkan kedalam api neraka. maka bersabarlah dalam melawan nafsu dan teruskan berjuang walaupun beribu dugaan.
jika sekali terasa payah maka ingatlah pada akal yang begitu senang untuk tunduk pada allah. kerana di dalam diri kita ini ada akal dan nafsu. nak jadi orang baik maka ikutlah akal dan jika sebaliknya maka teruslah hanytu dengan nafsu. yang melengkapkan kita sebagai manusia bukanlah akal dan nafsu tapi iman. kerana hakikatnya biar manis dan pahitnya dunia ia takkan sesekali kekal.